Buat Duit Dengan Produk Fizikal

November 6th, 2009 by Leave a reply »

Hari ini saya nak kongsi tip bagaimana anda boleh buat duit dengan produk fizikal. Jika sebelum ini saya banyak bercerita tentang produk digital, dan kali ini saya nak sentuh mengenai produk digital pula. Kelebihan apabila menjual melalui internet ini adalah anda tidak perlu berjumpa dengan bakal pelanggan dan yang penting anda boleh lakukan dirumah atau dipejabat (masa rehat sahaja tau).

Dalam pemerhatian saya, produk fizikal yang sering dan mendapat sambutan hangat di internet adalah handphone, barangan komputer/laptop dan kendaraan. Walaupun begitu, anda jangan anggap barangan lain tidak boleh dijual pula. Di ketiga-tiga laman yang saya nyatakan diatas tadi terdapat berpuluh-puluh atau beratus-ratus jenis produk yang dijual. Ada saja yang beli.

Di internet terdapat beberapa paltform yang anda boleh gunakan untuk menjual produk fizikal. Ebay, lelong dan mudah.my adalah contoh platform yang terbaik untuk menjual produk fizikal. Setiap hari ada saja berlaku transaksi jual beli yang berlaku di laman tersebut.

Disini saya akan kongsi beberapa tips mencari produk untuk dijual diinternet.

  1. barang yang anda tidak gunakan/suka
  2. barang yang dah rosak tapi boleh repair
  3. menjadi orang tengah kepada sesiapa yang ingin menjual barang
  4. pergi ke tapak ekspo untuk melihat barang yang unik dan menarik

Dengan hanya 4 cara diatas anda boleh menjana pendapatan dari internet. Jadi tunggu apa lagi… Carilah produk anda sekarang :)

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes