Blog Melayu pun boleh buat duit

Dengan blog melayu pun boleh buat duit

Hari ini saya nak bagi pandangan mengenai blog melayu. Blog melayu yang saya maksudkan bukan blog yang ditulis oleh orang melayu sahaja tetapi blog yang menggunakan bahasa melayu sebagai meduim penyampaian.

Ramai yang beranggapan bahawa kita tidak boleh buat duit dengan blog melayu tetapi pada hakikatnya ramai juga yang telah menjana pendapatan riban-riban dengan blog melayu. Siap ada yang masuk paper lagi tu :) .

Sebagai contoh, penulis blog redmummy telah menjana pendapatan yang cukup lumayan dan pernah mencecah RM10 ooo dalam masa sebulan dengan hanya bercerita tentang kehidupan peribadi. Selain redmummy, banyak lagi blogger yang jana pendapatan dengan hanya bersumberkan blog melayu. Lebih-lebih lagi kalau blog tu berkaitan dengan gosip dan politik. Masyuk gila…

Macam mana nak buat duit dengan blog melayu ni?

Saya kongsikan beberapa cara untuk buat duit dengan menggunakan blog melayu. Walaupun bukan la riban-riban tapi untuk dapatkan ratus-ratus tu boleh la. Saya malas nak taburkan janji-janji palsu. Kang tak pasal-pasal saya pula dipersalahkan.

Ini senarai sumber pendapatan untuk blog melayu

1) program affialite
Banyak program affilaite yang korang boleh sertai secara percuma. Korang boleh meletakkan banner atau blog post program affilaite yang anda sertai.
2)Servis review
Korang menulis mengenai produk/web seseorang dan anda akan dapat bayaran.
3)Nuffnang
letak code nuffnang di blog. Lawat blog-blog yang lain untuk mengetahui cara susun atur iklan nuffnang mereka.
4)Produk sendiri (fizikal/digital)
Jika anda mempunyai produk sendiri, kenapa tidak jual sahaja melalui blog anda. Jimat lagi.

Cukup tak dengan 4 cara tu. Kalau tak cukup, sila gunakan kekretifan korang untuk manipulasikan blog anda. Rajin-rajin spy blog orang lain.  :)

Tapi kan….

Kalau blog korang tu takde trafik, RM5 pun susah nak dapat. Siapa yang nak baca, klik, sponser atau sebagainya blog korang jika tiada trafik. So, rajin-rajin la tambahkan trafik ke blog korang ya. Semakin ramai pengunjung setia blog anda semakin ramai banyak duit yang akan korang dapat.

Nak jana trafik ke blog korang senang jak tapi perlukan usaha dan ketekunan dan kesabaran yang tinggi. Caranya adalah dengan ….. akan bersambung (jangan marah :) )

Tapi sebelum tu, apa kata korang baca kisah seorang blogger ni. Bagaimana dia bermula sehingga mampu menjana pendapatan pasif  dengan hanya berblog.. Klik sini..  Biar perasaan untuk buat duit dengan blog meluap-luap.

  • Share/Bookmark
You can leave a response, or trackback from your own site.

15 Responses to “Blog Melayu pun boleh buat duit”

  1. Miyshah says:

    Interesting & Grand ….Thanks for info

  2. Man68 says:

    Bro, Geram ni sebab cite tak habis (geram tapi tak marah pun). Saya baru berblog, hanya cuba yang percuma dulu. Boleh ke bro?

  3. Juan says:

    Salam hormat,

    Yup,saya begitu yakin blog melayu
    memang boleh menghasilkan pendapatan.
    Tapi jika blog tersebut mempunyai
    aliran trafik yang tinggi. Jika tidak,
    ia seperti tiada makna.

  4. Admin says:

    miyshah => sama-sama

    man68 => sabar man… kan sabar tu sebahagian daripada iman. Boleh jak. Yang penting post menarik dan pelawat ramai

    juan => betul tu.. tanpa trafik blog tiada boleh buat duit.

  5. dilla says:

    macam mana nak wat blog? saya cuma bleh bukak dan baca, tp nk buat blog sendiri…..sumpah tak tau!!

  6. Admin says:

    dilla => ada dua cara untuk buat blog…

    1) blogspot => boleh daftar percuma

    2) wordpress => kena ada domain dan hosting

  7. Shahrul says:

    Yang paling penting, kene ada ramai visitor..

  8. Admin says:

    betul tu…. tanpa visitor/pelawat blog susah untuk jana pendapatan

  9. mila says:

    apa yang dikatakan dgn service review tulis ttg product / web tu…kurang faham laa

  10. Admin says:

    mila => macam ni… katakan saya ada produk yang nak d promosikan. Jadi, saya cari blog-blog yang mempunyai ramai trafik. Saya nak upah owner blog tu buat review mengenai produk saya. Untuk review tu, saya akan bagi upah kepada owner.

  11. areryp says:

    ada lagi satu selain Nuffnang. company publisher yg baru muncul,ManggaAD.

  12. Zaki says:

    Syarat asas nak buat duit melalui blog, mestilah kena ada banyak trafik yang masuk ke blog tu. Kalau takde trafik, bercakaplah sorang-sorang kat situ. Takkan ada hasilnya.

    Jadi nak tak nak, perkara yang perlu dititikberatkan ialah ‘tarik trafik’ sebanyak mungkin. Seolah-olah macam bina mailing list lah jugak ni

  13. mammpir bos! postingnya bagus. makasih banyak infonya.

    (bisnis online)

  14. [...] Blog Melayu pun boleh buat duit Categories [...]

Leave a Reply