Ramai orang ingin berjaya dalam apa juga jua yang mereka lakukan tapi yang peliknya selalunya keinginan dan kemahuan itu tidak setimpal dengan apa yang mereka lakukan. Lebih teruk lagi jika mereka hanya tahu memasang angan-angan tapi langsung tidak mahu berusaha.
Bagi aku, jika ada orang dah berjaya tidak mustahil anda pun boleh berjaya juga. Anda boleh berjaya jika anda bijak mengatur rancangan. Tanpa perancangan yang teratur dan bijak usaha umpama hidup tanpa tujuan. Dengan berpandukan perancangan yang rapi dapat megelakkan anda daripada melakukan kesalahan yang teruk. Saya tidak nafikan kita juga boleh gagal walaupun dah buat perancangan yang rapi tetapi sekurang-kurangnya peluang untuk gagal itu tipis.
Selain itu juga, anda juga boleh berjaya tidak takut akan kegagalan. Tidak mengapa jika gagal dalam usahan untuk mencapai kejayaan. Kegagalan itu anda boleh jadikan sebagai pedoman atau rujukan. Kadang-kala kejayaan itu datangnya daripada kegagalan. Tidak semua orang boleh berjaya dalam satu percubaan.
Nafsu…. Nafsu juga penting dikawal jika anda ingin berjaya. Kegagalan anda megawal nafsu boleh membuatkan anda terpesong dari perancagan yang telah anda aturkan. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis yang melampau. Ikut kata hati dan bukannya ikut kata nafsu.
Saya yakin anda boleh berjaya jika anda melakukan 3 perkara yang saya sebutkan. Usaha tangga kejayaan. Tanpa usaha kejayan tidak datang kepada anda…
Incoming search terms:
- artikel usaha tangga kejayaan berjaya dalam peperiksaan (1)
- berjaya tangga kejayaan (1)
- klinik megawal nafsu (1)
- orang yang tidak bijak tetapi boleh berjaya (1)













